Sunday, August 22, 2010

UMNO masuk UMS-Apa cerita

Ramadhan bulan bekat...bulan rahmat...bulan hikmat..bubur UMNO.eh, tersebut. Habislah oleh AUKU. Mana boleh.tAK bOLEh...Politik tu...UMNO bukan POLITIK..Bagi bubur jak pun..
Terkejut teruk suara tgk bubr UMNO dalam kampus...terfikir ni terus: Mesti kempen si UMNO ni..Oi, tak baca AUKU ka?

Ka UMNO da boring duk dalam politik dan nak masuk bisnes??
Banyak lagi tempat lain takda bubur..sini juga dia pegi.Ish, apa pun..trima kasi daun keladi. lain kali edarlah kat 1B.

Thursday, July 1, 2010

Kadar Yuran Naik

Ura-ura mengatakan Kadar Yuran pada semester kali ini akan dinaikkan. Cuma kadar kenaikkan tidak diketahui lagi. Hal ni sesuatu yang tidak wajar SEKIRANYA berlaku. Kenaikkan yuran ini akan membebankan dan perlu dijelaskan kerelevenan kenaikan ini sekiranya benar. Adakah yuran sebelum ini tidak mencukupi ?? Yuran bas dibayar, namun perkhidmatan tetap sama... Sekiranya yuran dinaikkan, suara berharap agar perkhidmatan bas terutamanya diperbaiki.

MPP harus perjuangkan hal ini. Kuasai isu ini dan perjelaskan pada mahasiswa. Jangan hanya berbingcang dengan pihak pentadbiran tanpa keluarkan kenyataan pada mahaisiswa!!! Facebook tidak mencukupi...Sebagai pemerhati, saya terkilan dengan sifat mpp yang lambat bertindak, sedangkan mereka adalah perwakilan pelajar.

Saturday, June 26, 2010

Kempimpinan Mahasiswa yang Jumud

Kedapatan sudah 2 blok dalam kepimpinan mahasiswa di UMS kini. 2 blok yang yang berbeza. Identiti yang berbeza beserta penampilan yang hampir sama. Lihat saja 1 blok yang boleh dikira 'Aspirasi' yang dilihat sudah lama bertapak di UMS. Mencari ruang-ruang dicelah-celah poket HEP mengintai-intai peluang untuk lawatan ke sana-kemari. Ke Universiti-universiti luar, ke pejabat-pejabat menteri untuk mengampu dengan harapan mendapat peluang pekerjaan dan sebagainya. Suka duduk dipejabatnya, menghitung apa lagi pakej-pakej yang belum dapat, kroni-kroni mana lagi yang belum dibantu untuk menyambung nafas penipu mereka. Di depan rakyat (mahasiswa) manis mulut blok ini, semanis madu. Dihati sepahit hempedu dan sekeras batu. Jangankan isu bas, isu air di KAL pun blok ini tidak mahu menyokong. Depan Manis belakang Pahit. Tikam rakan pimpinan dari belakang. Mujur blok kedua ini belum tahu nasib rakan mereka. Kalau tahu, nahas la. Lepas ini, entah ke mana lagi mereka nak pergi. Kesian nasib mahasiswa. Kebajikan diabaikan, kemiskinan dalam akhlak semakin menular. Apa tidak, program semua hiburan. Ilmu ??? Haprak tiada. Bila ditegur, blok ini menjawab dalam perancangan. Lamanya merancang.Tunggu kiamat baru dilaksanakan. KAMI mahu penjelasan !!

Masjid, bagi blok ini umpamakan masji ini tempat pelancongan. Jarang dapat tengok pemimpin blok ini di masjid, apa lagi kalau surau di KAL. Masjid diorang ingat buka hari jumaat sahaja mungkin. Hari lain tutup!! Mujur ada Ustaz EKSAH MPP yang berjanggut lebat tu datang ke masjid, bersembang-sembang dengan jemaah masjid. Lega hati. Kalau tidak, dia sekali kena kutuk oleh mahasiswa.

Lama sudah diperhatikan satu blok lagi ini dalam kalangan diorang. Tidak ramai rupanya mereka ini. Tapi usaha mereka membantu mahasiswa umpama 1000 orang yang bekerja. Dengar-dengar, isu palestine dorang sampai hantar memorandum kepada TNC HEP UMS. Orang kata masa di kementerian, hampir-hampir dorang hantar memorandum kepada YB Anifah Aman, tapi dihalang pula oleh si OTO ni. Ini barulah perjungan!! Berani !! Yang benar mesti ditegakkan. Bukan macam blok 1 ini, takut !! Kalau begitu pemimpin mahasiswa, jangan haraplah KAMI mau datang program. Cerita balik blog kedua ni. KAMI tengok-tengok, intai-intai, risik-risik, tengok sendiri, jumpa dan sebagainya, sangat mesra, peka masalah dan berinformasi. KAMI jumpa terus hulur tangan. Ini baru pemimpin !!! Bukan macam blok yang lagi satu tu, buat-buat tidak nampak. Nak buta da kot.

Tapi KAMI tetap respect,dengan izin yang dipertua, dengan blok kedua ni. Masjid, peh selalu nampak. Ini barulah pemimpin. Dimasjid tanya masalah kami, bawa berbincang. Barulah pemimpin berjiwa rakyat.

Kesimpulannya, artikel kali ini, kami nak blok 1 ini sedarlah dan contohilah blog 2 ini. Kamu kan pemimpin, tunjuklah moral yang baik, jangan macam bikin panas.